SISTEM PENILAIAN PENSYARAH / PENGAJARAN

SISTEM Penilaian Pensyarah/ Pengajaran adalah sistem yang dibangunkan bagi tujuan mempermudahkan proses penilaian dan mempercepatkan proses penghasilan laporan. Sistem ini boleh diakses di mana-mana sahaja melalui web.

  • Sistem berkonsepkan "maklumbalas dan laporan" dan berasaskan web (web-based)

TERDIRI daripada alatan (tools) untuk mewujudkan soalan kaji selidik, menganalisis dan memuat turun keputusan. Ianya boleh disepadukan (integrate) dengan pangkalan data sedia ada Universiti. Kemudahan ini akan menjadi platform kepada pelajar untuk memberi maklum balas tentang pensyarah, kursus, kemudahan Universiti, fakulti, jabatan dan lain-lain.

  • Pentadbir boleh membuat sesi tanpa had dengan pelbagai dimensi dan dari perspektif yang berbeza

TEKNIK yang berkesan dalam mengumpul maklum balas tentang pengalaman pembelajaran pelajar sebagai satu cara dalam menyiasat keberkesanan pengajaran dan kemudahan yang disediakan di dalam Universiti.

  • Pelbagai jenis laporan dapat dihasilkan dengan mudah, tepat dan cepat

lecturer3

sumber manusiaMembantu Pengurusan Sumber Manusia

  • Sistem ini akan membolehkan Universiti untuk mencari cara-cara dalam meningkatkan lagi perkhidmatan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran di Universiti.
  • Maklum balas tentang pengalaman pembelajaran menjadi sebagai satu aset penting dalam menyiasat keberkesanan pengajaran dan kemudahan yang disediakan di dalam Universiti.

 

kerja efisienPengurusan Kerja Yang Lebih Efisien

  • Pemantauan secara masa nyata (real time) hanya melalui web.
  • Kerja perkeranian dan pentadbiran dapat diringankan.
  • Pengurusan rekod penilaian menjadi lebih mudah dengan pengurusan rekod secara digital.
  • Laporan bagi sesi yang lalu boleh dijana semula dengan mudah dalam sistem ini.

 

kedibilitiMeningkatkan Kredibiliti dan Mesra Pengguna

  • Keupayaan pihak Universiti dalam mempermudahkan proses penilaian menerusi sistem atas talian (on-line) akan memberi imej positif kepada Universiti. Faedahnya dinikmati pelajar, tenaga pengajar dan pihak Universiti sendiri.
  • Kemampuan untuk memberi laporan secara segera terhadap penilaian pengajaran juga satu lagi peningkatan kredibiliti pentadbiran Universiti.
  • Sistem mudah difahami dan diguna oleh pelajar.

 

jimatPenjimatan Masa dan Penjimatan Kos

  • Tiada lagi kertas penilaian yang perlu diedarkan kepada pelajar bermakna tiada lagi kos yang tinggi yang perlu dilaburkan dalam percetakan.
  • Mengelakkan kehilangan masa. Sesi penilaian dapat dibuat sejurus sesi tersebut dibuka dan hasil penilaian dalam bentuk laporan dapat dijana dengan mudah dan cepat.
  • Pentadbir boleh mengubah kandungan soalan yang dikehendaki dan tanpa menanggung apa-apa kos kewangan berbanding dengan kaedah konvensional perubahan kandungan dan struktur mana-mana soalan adalah hampir mustahil selepas ia telah dicetak.
  • Dokumen standard mengikut piawaian seperti laporan penilaian mengikut fakulti, jabatan dan individu boleh dijana terus dari sistem.